Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ASEAN ambil pendekatan praktikal berhubung pertikaian Laut China Selatan: Ng Eng Hen

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata ASEAN mengambil pendekatan praktikal mengenai pertikaian Laut China Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN ambil pendekatan praktikal berhubung pertikaian Laut China Selatan: Ng Eng Hen

Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 08:14PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 08:16PM

MUNICH: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata ASEAN mengambil pendekatan praktikal mengenai pertikaian Laut China Selatan.

Bercakap di sesi Meja Bundar Persidangan Keselamatan Munich, Dr Ng menarik perhatian bahawa lebih banyak pergolakan dan ketidaktentuan mungkin berlaku di kawasan tersebut sedang Tentera Pembebasan Rakyat China membina satu siri kemudahannya di sana.

Di satu pihak lagi Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis terus menghantar kapal perang masing-masing belayar di Laut China Selatan.

Namun, ASEAN sudah mengambil langkah-langkah bagi mengendurkan ketegangan itu, seperti menyiapkan Kod Tata Laku menggunakan perairan tersebut.

Tambah Dr Ng, Singapura juga membantu dalam menjayakan latihan maritim yang pertama antara ASEAN dengan China.

Semua itu, katanya, merupakan langkah praktikal bagi membina keyakinan yang dapat mengurangkan risiko timbul salah faham serta membina rasa saling percaya dalam kalangan tentera.

Di luar Persidangan Keselamatan Munich itu, Dr Ng bertemu Menteri Pertahanan Nasional Kanada Harjit Singh Sajjan.

Mereka mengesahkan lagi hubungan pertahanan yang mesra dan rapat antara Singapura dengan Kanada,

Kedua-dua menteri juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik di rantau Asia-Pasifik. 

Sumber : Agensi berita/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan