Images
  • ASEAN logo
    (Gambar: Reuters)

ASEAN akan bincang pengecualian ketua junta Myanmar dari sidang puncak serantau

REUTERS: Para menteri luar ASEAN akan mengadakan pertemuan pada Jumaat (15 Okt) untuk membincangkan sidang puncak akan datang, dengan ketua junta Myanmar Min Aung Hlaing mungkin akan dikecualikan daripada sidang tersebut, menurut sumber yang mempunyai maklumat tentang mesyuarat itu.

Mesyuarat itu akan diadakan secara maya pada Jumaat dan dihoskan oleh pengerusi ASEAN, Brunei, menurut sumber-sumber yang berpangkalan di negara-negara anggota ASEAN, yang termasuk seorang ahli diplomat dan seorang pegawai pemerintah.

Sebelum ini, jurucakap junta Myanmar mengatakan bahawa utusan khas ASEAN tidak akan dibenarkan untuk bertemu dengan bekas pemimpin negara itu, Cik Aung San Suu Kyi yang kini ditahan setelah didakwa dengan tuduhan jenayah.

Jurucakap itu mengeluarkan komen tersebut dalam satu ringkasan bertarikh 13 Oktober. Ini sedang junta Myanmar semakin tertekan untuk melaksanakan pelan damai lima perkara yang dipersetujui oleh jeneral kanan Min Aung Hlaing pada April lalu.

Namun, kelengahan junta Myanmar untuk melaksanakan pelan tersebut "ibarat memungkiri janji", kata utusan khas ASEAN, Erywan Yusof pada minggu lalu.

- Reuters/HA/ha

Top