Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS wajibkan pakai pelitup dalam pengangkutan awam mulai 2 Feb

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan arahan mewajibkan orang ramai memakai pelitup apabila menaiki pengangkutan awam.

Anggaran Waktu Membaca:
AS wajibkan pakai pelitup dalam pengangkutan awam mulai 2 Feb

Orang ramai di lapangan terbang Denver, Colorado, Amerika Syarikat pada 24 Nov 2020 pakai pelitup di tengah COVID-19 (Gambar: REUTERS/Kevin Mohatt)

Diterbitkan : 30 Jan 2021 06:26PM Dikemas Kini : 30 Jan 2021 06:31PM

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan arahan mewajibkan orang ramai memakai pelitup apabila menaiki pengangkutan awam.

Peraturan itu yang akan bermula Selasa ini (2 Feb) turut meliputi pusat-pusat pengangkutan seperti lapangan terbang, pelabuhan, terminal bas dan feri serta stesen kereta api.

Presiden Joe Biden pada 21 Jan mengarahkan agensi-agensi pemerintah untuk "mengambil tindakan segera" mewajibkan pemakaian pelitup di lapangan terbang dan pesawat komersil, kereta api dan kapal awam termasuk feri, khidmat bas antara bandar dan kesemua pengangkutan awam.

Di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump yang berakhir pada 20 Jan, usaha CDC untuk mewajibkan pemakaian pelitup dalam pengangkutan awam dihadang dan agensi itu sebaliknya hanya mengeluarkan nasihat tegas untuk pemakaiannya.

Encik Trump ketika itu juga menolak usaha Kongres mewajibkan pemakaian pelitup.

Meskipun syarikat-syarikat penerbangan dan kebanyakan bentuk pengangkutan sudahpun mensyaratkan pemakaian pelitup, arahan CDC akan menjadikan tidak memakai pelitup suatu pelanggaran undang-undang federal. Ini dijangka memudahkan kakitangan pengangkutan menguatkuasakan arahan itu.

Secara keseluruhannya hampir 26 juta penduduk Amerika menghidap COVID-19 dan lebih 436,000 pesakitnya meninggal dunia.

Kedua-dua jumlah itu adalah yang tertinggi di dunia. 

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan