Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS uji peluru berpandu di California

Amerika Syarikat sudah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu dari darat yang boleh terbang sejauh lebih 500 kilometer.

Anggaran Waktu Membaca:
AS uji peluru berpandu di California

(Gambar: Scott Howe/AFP)

Diterbitkan : 20 Aug 2019 04:08PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 04:11PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat sudah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu dari darat yang boleh terbang sejauh lebih 500 kilometer.

Ujian di Pulau San Nicolas di California itu adalah yang pertama dilakukan Amerika sejak ia menarik diri daripada Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) dengan Rusia, awal bulan ini.

Dimeterai pada 1987, perjanjian INF mengharamkan pelancaran peluru berpandu dari darat yang mempunyai jarak serangan antara 500 hingga 5,500 kilometer.

Washington bagaimanapun keluar daripada INF setelah menuduh Kremlin mencabuli perjanjian itu tetapi Kremlin nenafikannya.

Para pakar bimbang pembatalan INF akan menjejas perjanjian-perjanjian nuklear yang lain.

Sumber : AFP/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan