Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS tuduh Iran serang kapal tangki minyak di Teluk Oman

Amerika Syarikat menuduh Iran bertanggungjawab terhadap serangan-serangan ke atas dua kapal tangki minyak di Teluk Oman pada Khamis (13 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jun 2019 05:35PM Dikemas Kini : 14 Jun 2019 10:12PM

TELUK OMAN: Amerika Syarikat menuduh Iran bertanggungjawab terhadap serangan-serangan ke atas dua kapal tangki minyak di Teluk Oman pada Khamis (13 Jun).

Serangan itu adalah yang kedua berlaku dalam sebulan dekat Selat Hormuz, yang merupakan perairan strategik bagi laluan bekalan minyak dunia.

Kementerian Ehwal Luar Iran bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

Pada Khamis (13 Jun), Amerika Syarikat mengeluarkan satu video yang menunjukkan kapal ronda Pengawal Revolusioner Iran menarik salah satu kapal yang diserang dan mengeluarkan apa yang dipercayai sebagai sebuah bom yang tidak meletup.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo berkata, Amerika membuat penilaian tersebut berdasarkan maklumat risikan dan senjata-senjata untuk melaksanakan operasi tersebut.

Pada bulan lalu, empat kapal tangki minyak diserang dekat perairan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Amerika turut menyalahkan Tehran atas insiden tersebut.

Sumber : Reuters/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan