Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS tingkatkan ancaman lucut keistimewaan Hong Kong berkait undang-undang keselamatan China

Amerika Syarikat pada Jumaat (22 Mei) meningkatkan ancaman untuk melucutkan hak perdagangan istimewa Hong Kong sedang ia memimpin negara-negara Barat lain dalam menyuarakan kemarahan terhadap undang-undang keselamatan negara yang disarankan oleh China.

Anggaran Waktu Membaca:
AS tingkatkan ancaman lucut keistimewaan Hong Kong berkait undang-undang keselamatan China

Penggubal dasar pro-demokrasi Hong Kong bantah undang-undang keselamatan China (Gambar: AFP/Anthony Wallace)

Diterbitkan : 23 May 2020 12:25PM Dikemas Kini : 23 May 2020 12:32PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Jumaat (22 Mei) meningkatkan ancaman untuk melucutkan hak perdagangan istimewa Hong Kong sedang ia memimpin negara-negara Barat lain dalam menyuarakan kemarahan terhadap undang-undang keselamatan negara yang disarankan oleh China.

Para penggubal dasar Amerika Syarikat mendesak tindakan keras dilaksanakan berhubung isu Hong Kong, yang menjadi medan persengketaan baru dalam ketegangan antara Washington dengan Beijing. Bagaimanapun beberapa penyokong gerakan demokrasi wilayah itu turut mempersoalkan jikalau langkah itu berkesan.

Setiausaha Negara Mike Pompeo berkata undang-undang keselamatan negara yang diusulkan itu yang dikemukan pada Jumaat kepada badan perundangan China, akan "menamatkan tahap tinggi autonomi yang dijanjikan Beijing untuk Hong Kong".

Undang-undang baru akan menguatkuasakan hukuman untuk "subversi" dan tindakan lain yang dianggap sebagai kesalahan di bandar itu, yang sebelum ini menghadapi bantahan besar-besaran yang kadang-kala bersifat ganas.

Sebagai menunjukkan sokongan kepada para penunjuk perasaan, Kongres Amerika Syarikat tahun lalu meluluskan sebulat suara undang-undang yang akan menamatkan akses perdagangan khas Hong Kong kepada ekonomi terbesar di dunia itu jika bandar itu tidak lagi disahkan menikmati autonomi - yang dijanjikan oleh Beijing sebelum mengambil alih pemerintahan bekas jajahan British itu pada 1997.

Encik Pompeo mengatakan bahawa langkah terbaru Beijing "tidak akan dapat dielak" daripada mempengaruhi keputusan Jabatan Negara.

"Amerika Syarikat menggesa Beijing untuk mempertimbangkan semula cadangannya yang membawa padah, mematuhi kewajiban antarabangsa dan menghormati tahap autonomi, institusi demokrasi dan kebebasan sivil Hong Kong yang tinggi, yang merupakan kunci untuk mengekalkan status khasnya di bawah undang-undang Amerika Syarikat," kata Encik Pompeo dalam satu kenyataan.

Hong Kong hanyalah salah satu titik pertikaian antara Amerika Syarikat dan China, dua ekonomi terbesar di dunia.

Encik Trump dan Encik Pompeo telah menuduh Beijing bertanggungjawab ke atas pandemik virus korona kerana tidak bertindak lebih pantas - satu hujah yang disifatkan para pengkritik sebagai bertujuan untuk mengalihkan perhatian daripada kelemahan Encik Trump sendiri dalam menangani krisis tersebut.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan