AS tidak tolak kemungkinan adakan rundingan dengan Iran
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump nampaknya tidak menolak kemungkinan mengadakan rundingan dengan Iran.
BIARRITZ, PERANCIS: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump nampaknya tidak menolak kemungkinan mengadakan rundingan dengan Iran.
Ini menyusuli langkah Presiden Perancis Emmanuel Macron mengundang Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif ke Sidang Puncak G7 di bandar peranginan Biarritz.
Encik Zarif mengadakan rundingan dengan Presiden Macron serta para pegawai Britain dan Jerman sebelum berlepas pulang.
Langkah Presiden Macron itu bertujuan mengendurkan ketegangan hubungan Amerika dengan Iran selepas Presiden Trump menarik keluar negaranya daripada satu perjanjian nuklear tahun 2015 antara Iran dengan kuasa-kuasa besar.
Presiden Trump berkata beliau tahu tentang kedatangan Encik Zarif dan menyokong usaha Presiden Macron itu.
Tanpa menggunakan kata-kata bernada keras seperti yang selalunya dilakukannya berkaitan Iran, Presiden Trump mengulangi matlamat Amerika untuk mendapatkan lebih banyak tolak ansur daripada Iran dalam soal keselamatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.