Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS tegaskan sokongan bagi Taiwan setelah China kerahkan pesawat perang

Amerika Syarikat menegaskan sokongannya terhadap Taiwan menyusuli pengerahan pesawat-pesawat perang oleh China dekat pulau itu dalam apa yang dilihat sebagai percubaan untuk menakut-nakutkan Taiwan dan menguji pentadbiran presiden Amerika Syarikat yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
AS tegaskan sokongan bagi Taiwan setelah China kerahkan pesawat perang

Gambar dari Kementerian Pertahanan Taiwan pada 10 Feb 2020 menunjukkan pesawat F-16 Taiwan (bawah) dengan pengebom H-6 China. (Gambar: AFP/Handout)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 08:00AM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 08:04AM

BEIJING: Amerika Syarikat menegaskan sokongannya terhadap Taiwan menyusuli pengerahan pesawat-pesawat perang oleh China dekat pulau itu dalam apa yang dilihat sebagai percubaan untuk menakut-nakutkan Taiwan dan menguji pentadbiran presiden Amerika Syarikat yang baru.

Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Sabtu (23 Jan) menyuarakan keprihatinannya terhadap "corak percubaan berterusan China untuk menakutkan jiran-jirannya, termasuk Taiwan".

"Kami menggesa Beijing untuk menghentikan tekanan ketenteraan, diplomatik, dan ekonominya terhadap Taiwan dan sebaliknya terlibat dalam dialog bermakna dengan para wakil Taiwan yang dipilih secara demokratik," kata jurucakap jabatan tersebut Ned Price dalam kenyataan itu.

Kementerian Pertahanan Taiwan menyatakan bahawa China pada Sabtu telah mengerahkan lapan pesawat pengebom yang berupaya membawa senjata nuklear dan empat jet pejuang ke zon pengenalan pertahanan udaranya di barat daya pulau itu. Kementerian itu menyatakan China pada Ahad menghantar lagi 16 pesawat tentera pelbagai jenis ke kawasan yang sama.

Kementerian itu menambah Taiwan bertindak balas dengan mengerahkan pesawat perang, menyiarkan amaran melalui radio dan "menggunakan sistem peluru berpandu pertahanan udara untuk memantau kegiatan tersebut".

China tidak segera mengulas pada Ahad.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan