Images
  • people at airport
    Gambar hiasan orang ramai di lapangan terbang di Denver, Colorado, AS. (Gambar:Reuters/Kevin Mohatt)

AS tarik balik sekatan kemasukan 33 negara mulai November

WASHINGTON: Sektor penerbangan antarabangsa dijangka kembali rancak, menyusuli pengumuman Amerika Syarikat untuk menarik balik sekatan perjalanan ke negara tersebut mulai November nanti.

Ia akan membuka semula sempadan negara itu kepada penumpang yang terbang masuk dari 33 negara termasuk China, India, Brazil serta kebanyakan negara Eropah,
namun setelah memenuhi beberapa syarat ketat.

Rumah Putih menyatakan kelonggaran tersebut hanya untuk penumpang yang sudah lengkap divaksin dan lulus ujian COVID-19 dalam masa tiga hari sebelum keberangkatan.

Penggunaan pelitup diwajibkan ke atas semua penerbangan menuju Amerika Syarikat dan maklumat bagi pengesanan kontak perlu diberikan kepada pihak berkuasa.

Setakat ini, belum jelas sama ada kelonggaran tersebut hanya bagi mereka yang disuntik dengan vaksin-vaksin yang diluluskan Amerika seperti Pfizer, Moderna dan Johnson & Johnson saja, atau meliputi juga vaksin keluaran Rusia dan China.

Tarikh tetap permulaan kelonggaran tersebut juga belum ditentukan.

Sementara itu, penutupan sempadan Amerika dengan Kanada dan Mexico dilanjutkan lagi sebulan. 

- Agensi berita/IQ/ha

Top