Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS senaraikan AS$200b barangan China yang akan dicukai

Amerika Syarikat pada lewat Selasa (10 Jul) menyenaraikan barangan eksport bernilai AS$200 bilion (S$271.1 bilion) dari China yang akan dicukai seawal September.

Anggaran Waktu Membaca:
AS senaraikan AS$200b barangan China yang akan dicukai

Presiden Donald Trump pada July 2018 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 08:31AM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 08:46AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat pada lewat Selasa (10 Jul) menyenaraikan barangan eksport bernilai AS$200 bilion (S$271.1 bilion) dari China yang akan dicukai seawal September. Ini meningkatkan lagi perang perdagangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu.

Presiden Donald Trump sebelum ini bertekad untuk bertindak balas, selepas China membalas langkah Washington minggu lalu yang mengenakan cukai pertama sebanyak 25 peratus ke atas barangan bernilai AS$34 billion (S$46.1 bilion) yang diimport Amerika dari negara itu.

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat akan mengadakan perbicaraan berkenaan produk-produk yang disasarkan dan seorang pegawai pentadbiran mengatakan ia akan mengambil masa sekitar dua bulan untuk memuktamadkan senarai. Presiden Trump kemudian akan membuat keputusan untuk menguatkuasakan tarif tersebut ataupun tidak.

Presiden Trump pada minggu lalu berkata Amerika Syarikat mungkin secara keseluruhannya akan mengenakan cukai pada barangan China bernilai lebih AS$500 bilion (S$677.8 bilion) iaitu hampir sama dengan nilai keseluruhan barangan import Amerika Syarikat dari China tahun lalu.

Amerika Syarikat mula mengenakan cukai pada barangan China bernilai AS$34 bilion (S$46.1 bilion) pada Jumaat lalu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan