Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS perlu AS$6 trilion untuk pulihkan ekonomi, kata Biden

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengusulkan belanjawan bernilai AS$6 trilion (S$8 trilion) dalam usaha untuk memulihkan dan mencipta semula ekonomi negara itu, sambil bersaing dengan China.

Anggaran Waktu Membaca:
AS perlu AS$6 trilion untuk pulihkan ekonomi, kata Biden

(Gambar: AP/Evan Vucci)

Diterbitkan : 29 May 2021 12:13PM Dikemas Kini : 29 May 2021 12:17PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengusulkan belanjawan bernilai AS$6 trilion (S$8 trilion) dalam usaha untuk memulihkan dan mencipta semula ekonomi negara itu, sambil bersaing dengan China.

Saranan itu dijangka akan meningkatkan beban hutang Amerika Syarikat, namun Kongres perlu meluluskannya terlebih dahulu.

Mengumumkan perbelanjaan yang diusulkan itu, Encik Biden menegaskan bahawa Amerika "tidak mampu kembali kepada keadaan sebelum berlaku pandemik."

"Kita mesti menggunakan masa yang ada untuk memikirkan dan membina semula ekonomi Amerika yang baru," katanya.

Belanjawan tahunan yang diusulkan oleh Presiden Biden itu adalah antara keutamaan nombor satunya untuk mencergaskan semula ekonomi Amerika Syarikat.

Keputusan muktamad bagaimanapun terletak di tangan Kongres. Namun, Parti Demokratik hanya mempunyai majoriti paling tipis dalam Kongres.

Pihak pembangkang dari Republikan kini dilihat berhati-hati terhadap peranan baru yang lebih besar bagi pemerintah pusat.

Sesetengah penyokong Encik Biden bahkan memberi amaran bahawa ekonomi Amerika yang diramal akan kembali cergas selepas penularan COVID-19 berisiko mengalami kadar inflasi yang melambung tinggi.

Bagaimanapun, rancangan besar Encik Biden itu dilihat sebagai tekad Rumah Putih untuk memperbaiki semula hubungan pemerintah dengan syarikat-syarikat perniagaan yang berdepan dengan persaingan yang sengit dengan China.

Di bawah pelan Encik Biden itu, pemerintah akan membelanjakan AS$6.011 trilion (S$8 trilion) pada 2022, dengan perbelanjaan itu meningkat secara bertahap-tahap sehingga AS$8.2 trilion (S$11 trilion) pada 2031.

Demokrat menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada AS$6 trilion (S$8 trilion) itu adalah untuk perbelanjaan infrastruktur.

Pada awalnya, sektor itu diperuntukkan sebanyak AS$2.3 trilion (S$3 trilion), namun diturunkan kepada AS$1.7 trilion (S$2.3 trilion) selepas mengadakan rundingan dengan Kongres.

Lagi sebanyak AS$1.8 trilion (S$2.4 trilion) diperuntukkan bagi pendidikan dan khidmat sosial yang mana menurut Encik Biden, bertujuan untuk membina tenaga kerja abad ke-21 yang lebih baik.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan