Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS mahu bentuk perikatan tentera antarabangsa di perairan Teluk

Amerika Syarikat mahu membentuk sebuah perikatan tentera antarabangsa bagi melindungi perairan-perairan strategik di sekitar Iran dan Yaman.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jul 2019 09:23PM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 09:59PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat mahu membentuk sebuah perikatan tentera antarabangsa bagi melindungi perairan-perairan strategik di sekitar Iran dan Yaman.

Matlamatnya untuk memastikan kapal-kapal dagang dapat belayar bebas di Selat Hormuz dan Selat Bab al-Mandab.

Pengerusi KetuaTurus Tentera Bersama Amerika, Jeneral Joseph Dunford, berkata Washington mahu mendapatkan penyertaan sekutu-sekutunya dalam masa dua minggu akan datang.

Hampir 20 peratus kiriman minyak mentah dunia melalui Selat Hormuz.

Sejak sekian lama, Tehran mengancam akan menutup selat itu sekiranya Iran dihalang daripada mengeksport minyaknya, sesuatu yang sedang cuba dilakukan oleh pentadbiran Trump.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat meningkatkan usaha bagi membentuk perikatan tentera antarabangsa untuk mengawal perairan strategik itu selepas serangan-serangan misteri ke atas beberapa buah kapal minyak di perairan Teluk pada Mei dan Jun lalu.

Amerika Syarikat menuduh Iran tetapi Tehran menafikan melakukannya.

Keadaan menjadi bertambah tegang setelah Iran menembak jatuh sebuah dron tentera Amerika Syarikat dekat Selat Hormuz pada bulan lalu.

Di bawah rancangan pembentukan perikatan tentera antarabangsa itu, Amerika Syarikat akan menyediakan kapal-kapal utama akan mengetuai usaha pemantauannya.

Negara-negara anggota yang lain pula akan melakukan rondaan dan mengiringi kapal-kapal dagang di perairan tersebut.

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan