Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS luluskan pakej bantuan COVID-19 bernilai hampir S$1.2 trilion

Rang itu bermatlamat merangsang pertumbuhan ekonomi Amerika yang terjejas teruk oleh pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
AS luluskan pakej bantuan COVID-19 bernilai hampir S$1.2 trilion

Makanan dan bungkusan barangan yang didermakan diagihkan kepada orang ramai di bank makanan di Chelsea, Massachusetts. (Gambar: Joseph Prezioso/AFP)

Diterbitkan : 22 Dec 2020 06:46PM Dikemas Kini : 22 Dec 2020 06:48PM

WASHINGTON: Selepas berbulan-bulan menemui jalan buntu, Dewan Kongres Amerika Syarikat akhirnya meluluskan pakej bantuan koronavirus bernilai hampir AS$900 bilion (S$1.2 trilion).

Rang itu bermatlamat merangsang pertumbuhan ekonomi Amerika yang terjejas teruk oleh pandemik COVID-19.

Ia menyediakan pembayaran AS$600 (S$800) kepada kebanyakan rakyat Amerika dan sokongan kepada perniagaan serta program pengangguran.

Banyak program bantuan COVID-19 sebelum ini akan berakhir pada hujung bulan ini.

Oleh itu, rang tersebut memperuntukkan AS$1.4 trilion ($1.87 trilion) untuk membiayai operasi pemerintah bagi satu tahun lagi.

Bagaimanapun ramai rakyat Amerika kecewa, pakej bantuan sudah lama tertangguh.

Mereka kurang yakin ia dapat menyelesaikan masalah sistemik disebabkan oleh pandemik tersebut.

Sumber : Agensi berita/MM/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan