Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS kutuk keras 'penghapusan kaum' Rohingya; gantung perjalanan pegawai ke wilayah Rakhine

Amerika Syarikat meningkatkan tekanan ke atas Myanmar, dengan menuduh pasukan keselamatan negara itu bertanggungjawab ke atas "penghapusan kaum" Rohingya di wilayah Rakhine.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2017 06:58PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:23PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat meningkatkan tekanan ke atas Myanmar, dengan menuduh pasukan keselamatan negara itu bertanggungjawab ke atas "penghapusan kaum" Rohingya di wilayah Rakhine.

Petang tadi (23 Nov), Amerika Syarikat menggantung buat sementara waktu, perjalanan semua pegawainya ke wilayah Rakhine.

Setiausaha Negara Amerika Rex Tillerson menegaskan sekatan-sekatan ke atas Myanmar juga sedang dipertimbangkan.

Dalam kenyataannya, Encik Tillerson berkata "tiada satu bentuk provokasi sekalipun yang boleh dijadikan alasan bagi operasi dasyat" sehingga memaksa 600,000 kaum Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Encik Tillerson menambah tindak balas Myanmar kepada krisis tersebut adalah penting bagi menentukan kejayaan peralihan kepada sebuah masyarakat yang lebih demokratik.

Namun begitu, Myanmar mendakwa operasi tenteranya pada Ogos lalu adalah untuk menghapuskan kumpulan pengganas.

Pengalaman para pelarian Rohingya bagaimanapun membuktikan sebaliknya.

Kongres Amerika sudahpun memperkenalkan rang undang-undang untuk mengekang kerjasama dengan tentera Myanmar dan mengenal pasti para pegawai kanan tentera Myanmar yang akan diharamkan visa ke Amerika.

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan