Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS kesan kegiatan baru di kilang peluru berpandu Korea Utara

Aktiviti dilaporkan sedang AS gesa Korea Utara kotakan janji di sidang Trump-Kim untuk lucutkan senjata nuklear

Anggaran Waktu Membaca:
AS kesan kegiatan baru di kilang peluru berpandu Korea Utara

Gambar fail bendera Korea Utara. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 03:59PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 04:03PM

WASHINGTON: Satelit-satelit risikan Amerika Syarikat mengesan kegiatan baru di sebuah kilang Korea Utara yang sebelum ini menghasilkan peluru berpandu rentas benua (ICBM) yang boleh dilancarkan sehingga Amerika Syarikat.

Ini menurut seorang pegawai kanan negara itu pada Isnin (30 Jul) di tengah-tengah rundingan yang diadakan bagi menggesa Pyongyang supaya melucutkan program nuklearnya.

Gambar-gambar dan imej inframerah menunjukkan kenderaan keluar masuk kemudahan yang terletak di Sanumdong tetapi tidak pula menunjukkan tahap perkembangannya, kata seorang pegawai kepada Reuters dengan syarat identitinya tidak didedahkan.

Washington Post turut melaporkan pada Isnin bahawa Korea Utara kelihatan sedang membina satu atau dua lagi peluru berpandu rentas benua di pinggir Pyongyang, sambil menukil sumber yang identitinya dirahsiakan.

Menurut pegawai Amerika Syarikat, salah satu gambar menunjukkan sebuah lori dan treler yang serupa dengan kenderaan yang pernah digunakan Korea Utara untuk memindahkan ICBM.

Namun, tidak jelas tentang muatan kenderaan tersebut.

Rumah Putih bagaimanapun belum lagi memberikan komen mengenai perkembangan terbaru ini.

Bukti yang diperolehi bulan ini menunjukkan berlakunya kegiatan di kemudahan nuklear dan peluru berpandu Korea Utara meskipun rundingan dan sidang puncak sudah diadakan Jun lalu antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dengan Presiden Donald Trump.

Sejurus selepas sidang itu, Encik Trump mengisytiharkan bahawa Korea Utara bukan lagi satu ancaman nuklear.

Encik Kim turut mengesahkan melalui satu kenyataan di sidang itu bahawa Pyongyang sedang berusaha untuk melucutkan senjata nuklearnya. Namun Pyongyang belum lagi memberikan perincian tentang langkah-langkah yang bakal diambilnya dan rundingan seterusnya juga tidak berjalan lancar. 

Sumber : Reuters/TQ/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan