Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS kerah lagi 1,000 askar ke Timur Tengah

Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Patrick Shanahan mengumumkan pengerahan tambahan sekitar 1,000 askar ke Timur Tengah bagi apa yang dikatakannya sebagai "tujuan pertahanan", sambil menyuarakan keprihatinan terhadap ancaman daripada Iran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2019 09:04AM Dikemas Kini : 19 Jun 2019 12:45AM

WASHINGTON: Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Patrick Shanahan mengumumkan pengerahan tambahan sekitar 1,000 askar ke Timur Tengah bagi apa yang dikatakannya sebagai "tujuan pertahanan", sambil menyuarakan keprihatinan terhadap ancaman daripada Iran.

“Serangan terbaru Iran mengesahkan maklumat risikan yang diyakini berkaitan tindakan tentera Iran dan kumpulan proksi yang mengancam kakitangan Amerika Syarikat dan kepentingannya di seluruh rantau,” kata Shanahan dalam kenyataannya.

Kebimbangan konfrontasi antara Iran dengan Amerika Syarikat memuncak sejak Khamis lalu (13 Jun) apabila dua kapal tangki minyak diserang, lebih setahun selepas Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015.

Iran menyatakan pada Isnin (17 Jun), ia tidak lama lagi akan menjangkaui had yang dibenarkan untuk menjana uranium yang boleh disimpan di bawah perjanjian itu, dengan jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih menyifatkannya sebagai ‘ugutan nuklear.’

Perjanjian 2015, yang ditandatangani Iran dan negara-negara lain dikekalkan menyusuli keputusan Trump, menghadkan bekalan uranium mutu rendah pada 300 kilogram sementara yang diperkaya pula pada 3.67 peratus.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan