Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS kenakan sekatan baru ke atas Iran, sasar industri logam

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan sekatan-sekatan baru ke atas Iran.

Anggaran Waktu Membaca:
AS kenakan sekatan baru ke atas Iran, sasar industri logam

Presiden Donald Trump. (Gambar: Nicholas Kamm/AFP)

Diterbitkan : 09 May 2019 05:00PM Dikemas Kini : 09 May 2019 05:02PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan sekatan-sekatan baru ke atas Iran.

Tindakan itu diambil genap setahun selepas Amerika menarik diri daripada perjanjian bersejarah 2015 bagi menyekat program nuklear Iran.

Kali ini, sekatan-sekatan tersebut menyasarkan hasil eksport keluli, aluminium dan tembaga dari Iran.

Kenyataan Rumah Putih mendakwa bahawa Amerika adalah sumber utama hasil pendapatan eksport bukan minyak Iran, membentuk 10 peratus eksportnya.

Kenyataan tersebut memberi amaran bahawa Tehran boleh menjangkakan lebih banyak tindakan jika ia tidak mengubah dasar-dasarnya.

Tekanan terbaru oleh Amerika itu berlaku beberapa jam selepas Tehran memberi kuasa-kuasa dunia 60 hari untuk merundingkan syarat-syarat baru bagi perjanjian nuklear 2015.

Selepas tempoh tersebut, Tehran mengancam akan bertindak menaik taraf bekalan uraniumnya kepada paras gred senjata.

Sumber : Reuters/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan