Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS jangkakan tindak balas menyusul keputusan Trump, minta Israel 'bertahan'

Amerika Syarikat meminta para pegawai Israel bertahan daripada bertindak balas terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2017 06:06PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 09:31PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat meminta para pegawai Israel bertahan daripada bertindak balas terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Menurut dokumen Jabatan Negara Amerika, Washington menjangkakan tindak balas dan kini timbul pula ancaman yang berpotensi untuk menggugat kemudahan dan keselamatan rakyat Amerika.

Dokumen itu juga meminta para pegawai Eropah untuk memberitahu seluruh dunia bahawa keputusan Trump tidak melanggar isu-isu "status terakhir" antara Israel dan Palestin.

Dokumen kedua Jabatan Negara Amerika yang bertarikh 6 Disember turut menyebut tentang pembentukan sebuah pasukan bertindak dalaman.

Ia dilaporkan akan "memantau perkembangan di merata dunia" berikutan keputusan Amerika mengenai Baitulmakdis.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan