Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS isytihar China lakukan 'penghapusan kaum' ke atas orang Uighur

Amerika Syarikat mengisytiharkan pada Selasa (19 Jan) bahawa China sedang melakukan penghapusan kaum terhadap masyarakat Uighur dan orang-orang lain  YANGkebanyakannya penganut Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
AS isytihar China lakukan 'penghapusan kaum' ke atas orang Uighur

Gambar fail kemudahan di Xinjiang, China yang dikawal rapi (Gambar: GREG BAKER/AFP)

Diterbitkan : 20 Jan 2021 06:38PM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 06:42PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengisytiharkan pada Selasa (19 Jan) bahawa China sedang melakukan penghapusan kaum terhadap masyarakat Uighur dan orang-orang lain kebanyakannya penganut Islam, dengan Setiausaha Negara Mike Pompeo sekali gus meningkatkan tekanan terhadap tindakan Beijing menahan warga minoriti pada hari terakhir terakhirnya di pejabat.

"Saya percaya penghapusan kaum ini sedang berlaku, dan kita menyaksikan percubaan sistematik untuk menghancurkan orang Uighur oleh parti negara China," kata Encik Pompeo dalam satu kenyataan.

"Kami tidak akan berdiam diri. Sekiranya Parti Komunis China diizinkan melakukan penghapusan kaum dan kejahatan kemanusiaan terhadap bangsanya sendiri, bayangkan apa yang akan dilakukannya kepada dunia bebas, pada masa depan nanti," tegasnya.

Kritikan keras terhadap Beijing menjadi ciri utama semasa Encik Pompeo memegang jawatan tersebut. Namun beliau sebelum ini keberatan untuk secara langsung menuduh penghapusan kaum, dengan mengatakan berulang kali bahawa cara orang Uighur diperlakukan seolah-olah seperti dasar Nazi Jerman.

Encik Pompeo menggesa semua badan antarabangsa termasuk mahkamah untuk memulakan kes berhubung cara China memperlakukan orang Uighur dan menyuarakan keyakinan bahawa Amerika Syarikat akan terus meningkatkan tekanan.

Kumpulan-kumpulan hak asasi percaya bahawa sekurang-kurangnya sejuta orang Uighur dan Muslim berbahasa Turki yang lain dipenjara di kem di wilayah barat Xinjiang.

Para saksi dan aktivis berkata bahawa China berusaha untuk secara paksa menyepadukan kaum Uighur ke dalam budaya majoriti Han dengan membasmi adat istiadat Islam, termasuk dengan memaksa penganut Islam makan daging babi dan minum arak.

China menafikan sebarang salah laku dan bertegas bahawa kemnya adalah pusat latihan kejuruan yang bertujuan untuk membendung tarikan pemikiran pelampau Islam setelah berlakunya serangan.

Tidak seperti banyak keputusan lain Encik Pompeo yang dilihat sebagai menyusahkan Joe Biden, bakal presiden itu juga menuntut lebih banyak tekanan terhadap China berhubung hak asasi manusia dengan kempennya tahun lalu juga menggunakan istilah penghapusan kaum.

Antony Blinken, pilihan Encik Biden untuk menggantikan Encik Pompeo selaku Setiausaha Negara, setuju dengan pengisytiharan penghapusan kaum itu.

Encik Blinken dan calon-calon lain pentadbiran Encik Biden juga berikrar untuk mengambil tindakan tegas ke atas China.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan