AS, India, Australia, Jepun ikrar jadikan Indo Pasifik rantau bebas, terbuka
Para pemimpin perikatan empat negara - Amerika Syarikat, India, Australia dan Jepun berikrar untuk menjadikan Indo-Pasifik sebuah rantau yang bebas dan terbuka.
WASHINGTON: Para pemimpin perikatan empat negara - Amerika Syarikat, India, Australia dan Jepun berikrar untuk menjadikan Indo-Pasifik sebuah rantau yang bebas dan terbuka.
Presiden Amerika Joe Biden bertemu dengan para pemimpin itu dalam satu sidang puncak di Washington.
Ini selang beberapa hari perikatan AUKUS dimeterai dengan Canberra.
Kenyataan bersama itu bagaimanapun tidak menamakan China.
Ia kelihatan sebagai satu langkah provokatif terhadap kuasa China yang semakin meluas di rantau berkenaan.
Sidang Puncak Quad itu juga menandakan usaha terbaru Presiden Biden untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika di Asia sejak berundur dari Afghanistan.
Di sidang puncak itu, para pemimpin tersebut juga membincangkan tentang perkongsian vaksin, perubahan iklim dan menjamin rantaian bekalan semikonduktor.
"Kami adalah empat kuasa demokrasi utama dengan sejarah kerjasama yang lama. Kami tahu bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara dan kami bersedia dengan cabaran itu," kata Presiden AS Joe Biden.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.