Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS ikrar sekatan 'berterusan' terhadap Iran

Amerika Syarikat berikrar pada Isnin (5 Nov) akan menentang Iran secara "tidak henti-henti" sedang sekatan ke atas Iran dikuatkuasakan.

Anggaran Waktu Membaca:
AS ikrar sekatan 'berterusan' terhadap Iran

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Mike Pompeo (kiri). (Gambar: AP Photo/J. Scott Applewhite)

Diterbitkan : 06 Nov 2018 11:51AM Dikemas Kini : 06 Nov 2018 11:57AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat berikrar pada Isnin (5 Nov) akan menentang Iran secara "tidak henti-henti" sedang sekatan ke atas Iran dikuatkuasakan. Iran bagaimanapun tegas berikrar akan melawan tindakan "membuli" Washington.

Sungguhpun demikian pentadbiran Presiden Donald Trump memperuntukkan lapan pengecualian dalam tuntutannya untuk semua negara berhenti membeli minyak dari Iran, eksport utama negara itu, di tengah-tengah bantahan pihak antarabangsa terhadap sekatan-sekatan sehala Amerika Syarikat.

Enam bulan setelah Presiden Trump menarik diri daripada perjanjian antarabangsa bagi menamatkan program nuklear Tehran, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Mike Pompeo berkata bahawa sasaran utama Amerika Syarikat adalah memaksa Iran melakukan "perubahan 180-darjah pusingan" dan menamatkan "rancangan revolusinya".

Meskipun beliau tidak menyebut tentang perubahan rejim, beliau menekankan tuntutan agar Iran mengakhiri dasar-dasar yang bermula dari revolusi Islam 1979, termasuk sokongan bagi kumpulan bersenjata serantau seperti Hezbollah dan pembangunan peluru berpandunya.

"Kami berharap akan mencapai perjanjian baru dengan Iran secepat mungkin, tetapi sehingga Iran melaksanakan 12 perubahan seperti yang saya senaraikan pada Mei, kami tidak henti-henti akan meletakkan tekanan ke atas rejim itu," kata Encik Pompeo. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan