Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS gesa sekutu Barat jangan guna rangkaian 5G Huawei

Amerika Syarikat memberi amaran akan menimbangkan semula kesediaannya untuk berkongsi maklumat dengan negara-negara yang memilih syarikat-syarikat yang dianggap Washington tidak boleh dipercayai seperti Huawei untuk membina dan mengendalikan rangkaian teknologi mudah alih 5G.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Apr 2019 09:10PM Dikemas Kini : 30 Apr 2019 10:26PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat memberi amaran akan menimbangkan semula kesediaannya untuk berkongsi maklumat dengan negara-negara yang memilih syarikat-syarikat yang dianggap Washington tidak boleh dipercayai seperti Huawei untuk membina dan mengendalikan rangkaian teknologi mudah alih 5G.

Amaran itu dikeluarkan selepas laporan yang bocor minggu lalu mendedahkan bahawa Britain berhasrat membenarkan syarikat China itu membekalkan teknologi 5G yang bukan teras meskipun ada bantahan dari Amerika.

Sudah berbulan-bulan Amerika berusaha meyakinkan sekutu-sekutu Barat negara itu supaya tidak menyertakan Huawei sama sekali dalam rangkaian 5G masing-masing.

Seorang jurucakap Jabatan Negara berkata Amerika menganggap meletakkan peralatan Huawei di mana pun dalam rangkaian 5G adalah satu risiko.

Amerika menuduh Huawei menggunakan peralatannya bagi kegiatan merisik untuk pemerintah China.

Amaran terbaru Washington itu boleh juga menjejas kerjasama Amerika dengan sekutu-sekutunya di Asia Tenggara yang telah memeterai perjanjian 5G dengan Huawei.

Pada Isnin lalu, Kemboja mengikuti jejak langkah Malaysia, Thailand dan Filipina,
menjalin kerjasama dengan Huawei bagi membangunkan rangkaian 5G di negara itu. 

Sumber : Reuters/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan