Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS gantung sementara operasi semua pesawat 737 MAX

Syarikat Boeing menyatakan ia bersetuju dengan keputusan Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) untuk menggantung buat sementara operasi kesemua pesawat 737 MAX di merata dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2019 10:25PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 12:42AM

WASHINGTON: Syarikat Boeing menyatakan ia bersetuju dengan keputusan Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) untuk menggantung buat sementara operasi kesemua pesawat 737 MAX di merata dunia.

Sebelum ini, syarikat itu mempertahankan pendiriannya bahawa pesawatnya selamat menyusuli nahas Ethiopian Airlines pada Ahad (10 Mac).

Boeing kini menyarankan agar operasi Boeing 737 MAX digantung sebagai langkah berjaga-jaga.

Amerika Syarikat dan Kanada juga sudah mengubah pendirian masing-masing berhubung pesawat Boeing 737 MAX, menyusuli nahas Ethiopian Airlines yang meragut nyawa 157 penumpang dan anak kapal.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan larangan ke atas semua pesawat Boeing 737 MAX beberapa jam selepas Kanada menutup ruang udaranya bagi pesawat berkenaan.

Menurut Kanada, tindakan itu diambil selepas menerima maklumat baru yang dikumpul dari tapak nahas di Habsyah serta data satelit yang baru diperolehi.

Data itu menunjukkan ada persamaan dalam masalah penerbangan yang dihadapi pesawat Ethiopian Airlines sebelum nahas pada Ahad (10 Mac), dengan pesawat Lion Air Indonesia yang terhempas pada Oktober 2018.

FAA menyatakan bahawa arahan penggantungan itu akan kekal berkuat kuasa sementara siasatan dijalankan ke atas nahas tersebut.

Sementara itu, syarikat-syarikat penerbangan Amerika yang menggunakan pesawat Boeing 737 MAX giat berusaha untuk mengatur semula jadual penerbangan para penumpang.

Southwest Airlines mempunyai jumlah paling tinggi bagi pesawat jenis itu di merata dunia.

Menyusuli arahan FAA, ia dengan segera menggantung khidmat kesemua 34 pesawat Boeing 737 MAX.

Sumber : Agensi berita/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan