Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS dilanda ribut musim sejuk

Ribut musim sejuk yang melanda bahagian tengah Amerika Syarikat pada Khamis (27 Dis)

Anggaran Waktu Membaca:
AS dilanda ribut musim sejuk

Musim sejuk di Amerika Syarikat (Gambar: AP)

Diterbitkan : 28 Dec 2018 10:42PM Dikemas Kini : 28 Dec 2018 10:51PM

AMERIKA SYARIKAT: Ribut musim sejuk yang melanda bahagian tengah Amerika Syarikat pada Khamis (27 Dis)
menjejas hebat perjalanan orang ramai semasa musim cuti hujung tahun.

Lebih 6,500 penerbangan di merata negara itu terpaksa ditangguhkan manakala kira-kira 800 lagi dibatalkan.

Gabungan hujan, salji dan angin kencang juga menyebabkan
jalan-jalan raya berbahaya untuk digunakan dan ada pula tidak boleh dilalui kenderaan sama sekali.

Keadaan itu terutamanya dialami di bahagian utara dan tengah di mana sebahagian tempat ditimbuni salji setinggi 30 sentimeter.

Pihak berkuasa North Dakota, misalnya, telah mengeluarkan amaran 'larangan perjalanan' bagi seluruh bahagian timur wilayah. 

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan