Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS dilanda musim demam selesema paling teruk selepas wabak flu babi 2009

Para pegawai Amerika Syarikat sedang bertungkus lumus untuk membendung penularan wabak demam selesema di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jan 2018 04:03PM Dikemas Kini : 30 Jan 2018 11:26PM

GEORGIA: Para pegawai Amerika Syarikat sedang bertungkus lumus untuk membendung penularan wabak demam selesema di negara itu.

39 negerinya melaporkan kenaikan jumlah kes penyakit itu minggu lalu.

Pihak berkuasa menyatakan sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak mati setelah dijangkiti virus flu jenis H3N2.

Kira-kira 12,000 pesakitnya pula kini dimasukkan ke hospital-hospital di merata Amerika.

Pusat-pusat Mengawal dan Mencegah Penyakit Berjangkit di negara itu menyatakan bilangan orang yang mendapatkan rawatan dengan menunjukkan tanda-tanda mengalami demam selesema, berada di paras tertinggi sejak wabak flu babi tahun 2009.

Pihak berkuasa juga menyatakan penularan wabak sekarang mungkin mengatasi keadaan ketika musim demam selesema tahun 2014-2015 apabila 34 juta penduduk Amerika menghidapinya dan 56,000 daripada mereka meninggal dunia.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan