Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS digesa keluarkan M'sia daripada senarai penculikan

 Malaysia membantah sekeras-kerasnya keputusan pemerintah Amerika Syarikat meletakkan Malaysia dalam Indikator 'K’ seperti diumumkan dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 9 April lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
AS digesa keluarkan M'sia daripada senarai penculikan

(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 10:40AM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 11:03AM

KUALA LUMPUR: Malaysia membantah sekeras-kerasnya keputusan pemerintah Amerika Syarikat meletakkan Malaysia dalam Indikator 'K’ seperti diumumkan dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 9 April lalu.

Justeru, Kementerian Luar (Wisma Putra) menggesa negara itu supaya segera mengeluarkan Malaysia daripada senarai itu dan akan memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung nasihat perjalanan baharu itu.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam (14 Apr) memberitahu indikator itu menunjukkan kebimbangan pemerintah Amerika Syarikat terhadap potensi penculikan atau situasi tebusan di kawasan-kawasan tertentu di wilayah timur Sabah.

Kementerian itu menyatakan nasihat perjalanan baru itu dilihat kurang objektif dan tidak mencerminkan hakikat sebenar di lapangan khususnya situasi keselamatan di wilayah timur Sabah yang kekal selamat dan terkawal bagi pelancong.

“Ini bersandarkan kepada fakta bahawa angka ketibaan pelancong di Sabah meningkat kepada 5.5 peratus, iaitu memcecah 3.87 juta tahun lalu. Malah, angka insiden penculikan sudah menurun secara ketara kepada hampir sifar,” katanya.

Menurutnya, kawasan timur Sabah terus menarik penyelam bertaraf dunia dan kejayaan itu adalah hasil langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan Malaysia seperti meningkatkan rondaan, kerjasama keselamatan erat dengan negara-negara jiran dan pengaturgerakan strategik aset-aset keselamatan.

“Berdasarkan fakta-fakta ini, Malaysia menggesa Amerika Syarikat supaya lebih objektif dalam penilaiannya. Kami menggesa Amerika Syarikat segera mengeluarkan Malaysia daripada senarai 'K’ itu,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan