Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS dan Jepun umum kerjasama dua pihak; wujudkan rantau Indo-Pasifik bebas dan terbuka

Amerika Syarikat dan Jepun mengumumkan kerjasama dua pihak untuk mewujudkan rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2018 08:03PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 09:18PM

TOKYO: Amerika Syarikat dan Jepun mengumumkan kerjasama dua pihak untuk mewujudkan rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

Persetujuan itu dicapai semasa lawatan Naib Presiden Amerika, Mike Pence ke Jepun dalam rangka pertama lawatannya ke Asia termasuk lawatan ke Singapura.

Beliau mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang tertumpu pada Korea Utara dan rantau Indo- Pasifik.

Satu MOU juga ditandatangani bagi menggalak penggunaan tenaga nuklear yang bersih dan selamat.

Berhubung soal ekonomi, Encik Pence berkata dialog dua hala akan diadakan tidak lama lagi, yang memberi tumpuan kepada barangan dan perkhidmatan.

Encik Pence akan ke Singapura bagi menghadiri sidang dengan ASEAN, mewakili Presiden Donald Trump. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan