Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS dakwa 4 orang dalam skim elak cukai 'Panama Papers'

Pihak pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) mengumumkan semalam (4 Dis) bahawa mereka sudah mendakwa empat orang terbabit dalam skim selama berdekad lamanya untuk mengelakkan cukai di AS. Skim itu terdedah selepas berlaku pembocoran data kewangan luar persisir yang dikenali sebagai "Panama Papers."

Anggaran Waktu Membaca:
AS dakwa 4 orang dalam skim elak cukai 'Panama Papers'

Gambar fail syarikat guaman Mossack Fonseca yang terbabit dalam pembocoran Panama Papers. (Gambar fail: Carlos Jasso/Reuters)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 12:13PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 12:18PM

WASHINGTON/NEW YORK: Pihak pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) mengumumkan semalam (4 Dis) bahawa mereka sudah mendakwa empat orang terbabit dalam skim selama berdekad lamanya untuk mengelakkan cukai di AS.

Skim itu terdedah selepas berlaku pembocoran data kewangan luar persisir yang dikenali sebagai "Panama Papers."

Tiga daripada mereka sudah ditangkap, menurut pendakwaraya, dalam kes jenayah yang pertama dibawa oleh pihak berkuasa AS berkaitan dengan firma guaman Mossack Fonseca & Co, berhubung pembocoran data berkenaan.

Harald Joachim von der Goltz, seorang pelanggan firma itu, ditahan di London pada Isnin (3 Dis); Dirk Brauer, pekerja syarikat pengurusan aset yang berkait rapat dengan firma tersebut, ditangkap di Paris pada 15 November; dan Richard Gaffey, seorang akauntan berpangkalan di AS, ditahan di Massachusetts semalam (4 Dis), menurut pihak pendakwa raya.

Orang keempat, Ramses Owens, pula adalah seorang peguam di Mossack Fonseca dan masih bebas, kata pihak pendakwa raya. Syarikat guaman itu ditutup awal tahun ini.

Tuduhan paling serius dalam kes itu, termasuk penipuan kewangan dan pengubahan wang haram, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

"Panama Papers", yang terdiri daripada berjuta-juta dokumen dari Mossack Fonseca, dibocorkan kepada media pada April 2016.

Kajian semula dokumen itu juga mendorong pihak berkuasa Jerman untuk menyerbu pejabat Deutsche Bank AG dan ahli lembaga pengarahnya dalam siasatan berkaitan dengan dakwaan pengubahan wang haram minggu lalu.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan