Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, China perlu beri "penjelasan moral"

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menggesa Amerika Syarikat dan China supaya menunjukkan kepada negara-negara lain bahawa dasar-dasar mereka tidak bertentangan dengan negara-negara lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jun 2019 09:48PM Dikemas Kini : 02 Jun 2019 10:05PM

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menggesa Amerika Syarikat dan China supaya menunjukkan kepada negara-negara lain bahawa dasar-dasar mereka tidak bertentangan dengan negara-negara lain.

Jikalau tidak, menurut Dr Ng, berkemungkinan pengaruh kedua-dua negara itu akan terjejas.

Beliau berkata demikian di penghujung Dialog Shangri-La, yang menyaksikan para menteri pertahanan berbincang akan isu-isu keselamatan.

Trajektori rantau ini sedang diubah sedang Amerika dan China terus bertikai mengenai isu-isu dagangan.

Dr Ng memberi amaran semasa sesi pleno Dialog Shangri-La bahawa perkara itu berpotensi membawa kepada "bahaya yang lebih besar".

Beliau menggariskan bagaimana hubungan Amerika-China berada dalam keadaan begini iaitu Washington mementingkan Amerika dahulu selepas bertahun-tahun menyimpan tanggapan tentang amalan dagangan tidak adil.

China pula semakin tegas, sedang negara itu menjadi kuasa ekonomi yang besar.

"Walau apapun motivasi sebenarnya buat kedua-dua negara dan jika dasar 'Amerika Dahulu' atau 'kebangkitan China' dianggap sebagai berat sebelah berbanding kepentingan negara lain atau kumpulan, penerimaan kuasa Amerika atau China akan semakin berkurangan," menurut Dr Ng.

Dr Ng menyebut Kerjasama Rentas Pasifik Menyeluruh dan Progresif sebagai satu contoh negara-negara meneruskan usaha mereka tanpa Amerika.

Beliau menambah Kesatuan Eropah juga mungkin akan mempertimbangkan rakan-rakan lain jika syarat-syarat perdagangan Amerika dianggap terlalu "mementingkan satu pihak".

Lebih teruk lagi, kata Dr Ng, adalah jika negara-negara dipaksa untuk berpihak kepada satu pihak yang disifatkannya sebagai "satu permainan yang membawa kerugian besar".

Menggulung dialog itu, Dr Ng berkata pandangan Singapura terhadap ketegangan antara Amerika-China adalah atas sokongan negara terhadap globalisasi. Beliau menambah bahawa kestabilan dicapai melalui saling keterhubungan.

"Jika kita tinggal di lorong yang sama dan ada koridor yang sama antara kita, kita perlu fikir betul-betul sebelum melontar ke arah satu sama lain. Namun, jika anda dipecahbelahkan disebabkan peperangan dan dipisahkan kerana adanya bahaya semasa konflik, anda tidak berfikir banyak," kata Dr Ng lagi.

Dr Ng menambah bahawa Dialog Shangri-La berguna kerana membolehkan para ketua pertahanan Amerika dan China untuk bertukar-tukar pandangan dengan tulus dan jujur.

Beliau kekal optimis bahawa isu-isu itu boleh dihuraikan jika ia sekurang-kurangnya disuarakan. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan