Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, China komited jalin kerjasama perubahan iklim jelang sidang puncak minggu depan

Amerika Syarikat (AS) dan China hari ini (18 Apr)menegaskan komitmen untuk 'bekerjasama' dalam menangani isu perubahan iklim yang menggenting.

Anggaran Waktu Membaca:
AS, China komited jalin kerjasama perubahan iklim jelang sidang puncak minggu depan

(Gambar: AFP/Saul Loeb)

Diterbitkan : 18 Apr 2021 08:18PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 08:21PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan China hari ini (18 Apr)menegaskan komitmen untuk 'bekerjasama' dalam menangani isu perubahan iklim yang menggenting.

Komitmen itu diikrarkan menjelang sidang puncak yang bakal dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas perutusan iklim Amerika Syarikat, Encik John Kerry, melakukan lawatan ke Shanghai, sekali gus menjadi pegawai pertama dari pentadbiran Encik Biden untuk mengadakan lawatan ke China.

Beliau berharap kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam menangani cabaran global itu walaupun hubungan tegang antara kedua-dua negara berhubung beberapa isu lain.

"Amerika Syarikat dan China komited untuk saling bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani krisis iklim. Isu global ini harus ditangani dengan serius dan segera," menurut kenyataan bersama oleh Encik Kerry dan utusan khas China bagi perubahan iklim, Xie Zhenhua.

Kenyataan bersama itu turut menyenaraikan kerjasama iklim antara Amerika Syarikat dengan China, iaitu dua kuasa besar dunia yang menyumbang hampir separuh kepada pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan perubahan iklim.

Turut ditegaskan dalam kenyataan bersama itu adalah usaha untuk mempertingkatkan tindakan masing-masing dan bekerjasama dalam proses berbilang hala. Ini termasuk Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim dan Perjanjian Paris.

Amerika Syarikat dan China juga "mengalu-alukan" sidang puncak perubahan iklim secara maya yang akan dipengerusikan oleh Encik Biden pada minggu depan, yang akan menghimpunkan para pemimpin dunia walaupun kenyataan itu tidak mengesahkan sama ada Presiden China Xi Jinping akan turut hadir.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan