Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AS, China dijangka sedia mulakan rundingan perjanjian dagangan pusingan ke-2

Amerika Syarikat dan China dijangka bersedia memulakan rundingan pusingan kedua perjanjian dagangan antara kedua-dua negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
AS, China dijangka sedia mulakan rundingan perjanjian dagangan pusingan ke-2

Presiden AS Donald Trump bertemu Presiden China Xi Jinping sebelum mesyuarat dua pihak di luar acara Sidang Puncak G20 di Osaka pada 29 Jun 2019. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP).

Diterbitkan : 14 Dec 2019 04:01PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 04:03PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan China dijangka bersedia memulakan rundingan pusingan kedua perjanjian dagangan antara kedua-dua negara itu.

Ini selepas dua ekonomi terbesar dunia tersebut dilaporkan mencapai perjanjian fasa pertama untuk menghentikan buat seketika perang dagang yang sudah berlarutan sekian lama.

Dalam sidang media, para pegawai China mengumumkan Amerika akan membatalkan cukai baru yang sepatutnya dikuatkuasakan terhadap barangan China bernilai AS$160 bilion (S$216 bilion).

Sungguhpun demikian, Presiden Trump berkata cukai yang ada sekarang tetap akan dikekalkan sementara fasa selanjutnya dalam rundingan dirancang.

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Robert Lighthizer berkata perjanjian fasa pertama akan dimeterai pada minggu pertama bulan bulan depan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, China bersetuju untuk membeli produk pertanian Amerika untuk dua tahun akan datang.

Walaupun jumlahnya tidak dinyatakan, sumber-sumber media melaporkan China bersetuju untuk membeli hasil pertanian Amerika bernilai AS$50 bilion (S$67 bilion).  

Sumber : Agensi berita/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan