Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS catat 1.87 juta kes COVID-19, lebih 25,000 kematian dalam Julai

Jumlah kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat melonjak lebih dari 25,000 pada Julai dan jumlah kes naik kepada dua kali ganda di 19 negeri pada bulan tersebut, menurut data Reuters, sekali gus memusnahkan harapan ekonomi negara itu akan dibuka semula dengan cepat.

Anggaran Waktu Membaca:
AS catat 1.87 juta kes COVID-19, lebih 25,000 kematian dalam Julai

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Aug 2020 01:38PM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 01:39PM

NEW YORK: Jumlah kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat melonjak lebih dari 25,000 pada Julai dan jumlah kes naik kepada dua kali ganda di 19 negeri pada bulan tersebut, menurut data Reuters, sekali gus memusnahkan harapan ekonomi negara itu akan dibuka semula dengan cepat.

Amerika Syarikat mencatatkan 1.87 juta kes baru pada Julai, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan sebanyak 4.5 juta, iaitu kenaikan sebanyak 69 peratus. Jumlah kematian pada Julai pula naik 20 peratus kepada hampir 154,000 secara keseluruhan.

Kenaikan tertinggi pada Julai adalah di Florida, dengan lebih daripada 310,000 kes baru, diikuti dengan California dan Texas, masing-masing dengan sekitar 260,000 kes. Ketiga-tiga negeri itu menyaksikan jumlah kes naik kepada dua kali ganda pada Jun.

Amerika Syarikat memecahkan rekod global dalam sehari apabila ia melaporkan lebih daripada 77,000 kes baru pada 16 Julai.

Pada Julai, 33 daripada 50 negeri AS mencatat rekod kenaikan jumlah dalam sehari dan 19 negeri mencatatkan rekod bagi kenaikan jumlah kematian dalam tempoh 24 jam, menurut data Reuters.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan