Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

AS, Canada dan Mexico menang bida untuk sama-sama hoskan Piala Dunia FIFA 2026

Meskipun ia bakal menjadi kejohanan pertama yang dihoskan oleh tiga negara, tetapi kebanyakan pertarungan akan diadakan di Amerika Syarikat. 

Anggaran Waktu Membaca:
AS, Canada dan Mexico menang bida untuk sama-sama hoskan Piala Dunia FIFA 2026

(Gambar: AFP/ Kirill Kudryavtsev)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 10:48PM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 12:44AM


MOSKO: Piala Dunia 2026 akan diadakan di secara bersama Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada selepas kongres FIFA mengundi dan bersetuju pada hari Rabu (13 Jun) untuk menyokong bida pertandingan di ketiga-tiga negara itu bagi Piala Dunia tersebut. Ini bermakna negara Maghribi gagal buat kali kelima.

Tawaran Amerika Utara itu mengumpul sebanyak 134 undi berbanding 65 bagi Maghribi. Seorang anggota kongres mengundi berkecuali.

Kejohanan 2026 akan menjadi kejohanan pertama yang menampilkan 48 pasukan, lebih daripada 32 pasukan yang ada pada masa ini. Piala Dunia tahun ini akan bermula di Rusia pada hari Khamis (14 Jun).

Kedua-dua tawaran itu diberi peluang terakhir untuk mengemukakan kes masing-masing dengan penyampaian selama 15 minit di hadapan kongres, di Moscow Expocentre. Dalam penyampaian tersebut, pihak Amerika Utara berikrar bahawa kejohanan di negara mereka akan menjana keuntungan sebanyak 11 bilion dolar, manakala Maghribi menyatakan bahawa negaranya akan meraih sebanyak 5 bilion.

Meskipun ia bakal menjadi kejohanan pertama yang dihoskan oleh tiga negara, tetapi kebanyakan pertarungan akan diadakan di Amerika Syarikat.

Daripada 80 perlawanan, 10 perlawanan akan diadakan di Kanada, 10 di Mexico dan 60 di Amerika Syarikat dengan perlawanan akhir di MetLife Stadium di New Jersey, padang kepada New York Giants NFL dan New York Jets. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan