Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS buka semula operasi pemerintah selepas lumpuh 5 minggu

Sebahagian operasi pemerintah federal Amerika Syarikat yang lumpuh sejak lima minggu lalu sudah berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
AS buka semula operasi pemerintah selepas lumpuh 5 minggu

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Jacquelyn Martin/AP Photo)

Diterbitkan : 26 Jan 2019 04:00PM Dikemas Kini : 26 Jan 2019 04:03PM

WASHINGTON: Sebahagian operasi pemerintah federal Amerika Syarikat yang lumpuh sejak lima minggu lalu sudah berakhir.

Presiden Donald Trump sudah menandatangani rang undang-undang peruntukan perbelanjaan jangka pendek bagi membiayai operasi pemerintah itu.

Rang tersebut tidak termasuk dana AS$5.7 bilion (S$7.7 bilion) yang diminta Presiden Trump bagi membina tembok di sempadan dengan Mexico.

Presiden Trump mengumumkan persetujuan yang dicapai itu tidak lama selepas kedua-dua dewan Kongres memberikan sokongan sebulat suara terhadap rang perbelanjaan itu.

Ini bermakna operasi pemerintah federal yang lumpuh sebelum ini akan bergerak semula sekurang-kurangnya sehingga 15 Februari.

Dalam tempoh tiga minggu itu sebuah jawatankuasa anggota Kongres dari kedua-dua parti Republikan dan Demokrat akan bertemu untuk membincangkan soal keselamatan sempadan Amerika.

Presiden Trump memberi amaran tentang akibat buruk jika jawatankuasa itu tidak memberi beliau dana yang diminta bagi membina tembok sempadan di bahagian selatan.

Beliau sekali lagi mengancam akan mengisytiharkan keadaan darurat di sempadan dengan Mexico jika tiada perjanjian dicapai mengenai dana itu.

Langkah tersebut akan membolehkan Presiden Trump menggunakan peruntukan perbelanjaan tentera tanpa perlu mendapatkan izin dari Kongres.

Namun ia besar kemungkinan mencetuskan tindakan undang-undang.

Sumber : Reuters/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan