Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Britain dan Perancis tidak sertai rundingan damai Syria di Sochi

Persidangan damai Syria yang berlangsung di Rusia bermula dengan kurang baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jan 2018 07:16PM Dikemas Kini : 30 Jan 2018 11:30PM

SOCHI: Persidangan damai Syria yang berlangsung di Rusia bermula dengan kurang baik.

Setibanya mereka, sebahagian perwakilan yang menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad enggan meninggalkan lapangan terbang bandar Sochi untuk ke tempat persidangan.

Mereka berasa tersinggung kerana adanya bendera dan lambang negara Syria.

Rusia, sekutu rapat Presiden Assad, menganjurkan Kongres Dialog Kebangsaan Syria ini dengan harapan dapat merintis jalan bagi penggubalan perlembagaan baru Syria yang dilanda perang sudah hampir tujuh tahun.

Namun pucuk pimpinan pihak pembangkang utama Syria memulaukan persidangan damai ini.

Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis juga tidak hadir kerana kurang yakin dengan kesungguhan pemerintah Syria untuk berunding.

Persidangan di bandar Laut Hitam ini sepatutnya berlangsung dua hari tetapi kini diadakan hanya selama satu hari.

Ramai perwakilan yang hadir dipercayai datang dari Damsyik dan tidak menentang Presiden Assad.

Para pegawai Rusia sebelum ini mendakwa ada pihak cuba menggagalkan persidangan itu. 

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan