Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS beri amaran Piala Dunia mungkin dijadikan sasaran pengganas

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada rakyat Amerika semalam (15 Jun), bahawa para pengganas mungkin menyasarkan stadium Piala Dunia di Rusia, iaitu tuan rumah bagi temasya bola sepak selama sebulan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
AS beri amaran Piala Dunia mungkin dijadikan sasaran pengganas

(Gambar: REUTERS/Sergei Karpukhin/File Photo)

Diterbitkan : 16 Jun 2018 09:27AM Dikemas Kini : 16 Jun 2018 09:29AM

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada rakyat Amerika semalam (15 Jun), bahawa para pengganas mungkin menyasarkan stadium Piala Dunia di Rusia, iaitu tuan rumah bagi temasya bola sepak selama sebulan itu.

Namun, tiada perincian mengenai sebarang ancaman tertentu.

Menurut nasihat perjalanan yang dikeluarkan di laman web jabatan tersebut, acara antarabangsa berskala besar seperti Piala Dunia menjadi sasaran yang ‘menarik’ bagi para pengganas.

Makluman itu menyatakan, walaupun Piala Dunia dikawal ketat, pengganas mungkin menyerang lokasi-lokasi seperti stadium, kawasan pesta, daya tarikan pelancong, hab pengangkutan, dan tempat-tempat awam yang lain.

Seperti nasihat yang dikeluarkan sebelum ini, Jabatan Negara menggesa rakyat Amerika Syarikat supaya menimbangkan semula keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Rusia. Ini disebabkan ancaman pengganasan, serta gangguan dan pemerasan daripada kakitangan penguat kuasa undang-undang dan pegawai lain.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan