Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS batalkan lawatan ke Korea Utara

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membatalkan secara mengejut lawatan Setiausaha Negara Mike Pompeo ke Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Aug 2018 07:18PM Dikemas Kini : 25 Aug 2018 11:09PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membatalkan secara mengejut lawatan Setiausaha Negara Mike Pompeo ke Korea Utara.

Encik Pompeo dijadual ke Pyongyang minggu depan, untuk memastikan pelan pemansuhan program nuklear negara komunis itu mengikut rancangan. Namun Presiden Trump berkata lawatan itu tidak akan dilakukan kerana kurangnya kemajuan mengenai isu tersebut.

Ini merupakan kali pertama Presiden Trump mengakui secara terbuka bahawa usahanya tergendala sejak mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pyongyang Kim Jong-Un pada Jun lalu.

Presiden Trump juga menyalahkan China kerana melengahkan kemajuan sambil membayangkan rundingan dengan Korea Utara akan hanya disambung semula selepas perang dagang dengan China diatasi.

Rundingan perdagangan dua hari antara China dengan Amerika di Washington gagal menghuraikan pertikaian dan tiada rancangan bagi rundingan susulan dalam masa terdekat.

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan