Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS ancam sekat bantuan kewangan kepada Palestin

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengatakan menerusi kiriman tweetnya bahawa Amerika Syarikat akan menyekat bantuan dana kepada Palestin, sambil menuduh Palestin tidak lagi berminat untuk mengadakan rundingan damai dengan Israel. 

Anggaran Waktu Membaca:
AS ancam sekat bantuan kewangan kepada Palestin

(Gambar fail: Lee Jin-man/Pool/ Reuters).

Diterbitkan : 03 Jan 2018 10:44AM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 02:56PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengatakan menerusi kiriman tweetnya bahawa Amerika Syarikat akan menyekat bantuan dana kepada Palestin, sambil menuduh Palestin tidak lagi berminat untuk mengadakan rundingan damai dengan Israel.

Encik Trump menegaskan bahawa Washington menyalurkan 'RATUSAN JUTA DOLAR' setahun dan tidak dihargai ataupun dihormati. "Palestin tidak lagi mahu berunding tentang perjanjian damai yang sekian lama tertangguh dengan Israel ... Dengan Palestin tidak inginkan dialog sedemikian, mengapa kita harus berikan bantuan besar-besaran ini kepada mereka?"

Kiriman tweet Presiden Trump menyusuli rancangan yang didedahkan oleh dutanya ke PBB semalam (2 Jan) untuk menghentikan bantuan kewangan kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menawarkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin.

'Presiden mengatakan bahawa beliau tidak ingin berikan sumbangan tambahan, atau hentikan sumbangan sehingga pihak Palestin bersetuju untuk berunding semula," kata Duta Nikki Haley kepada wartawan semasa ditanya mengenai dana Amerika Syarikat untuk Agensi Bantuan Kemanusiaan PBB bagi Pelarian Palestin.

Amerika Syarikat merupakan penderma terbesar kepada agensi tersebut, dengan ikrar bernilai AS$370 juta (S$490 juta) pada 2016, menurut laman UNRWA.

Hubungan antara Palestin dengan Washington tegang awal bulan lalu selepas Encik Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel, yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan negara Arab dan kebimbangan para sekutu Washington.  

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan