Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS akui tersilap lancar serangan dron di Kabul; 10 korban jiwa bukan militan ISIS

Seorang jeneral atasan mengakui AS melakukan satu "kesilapan" apabila ia melancarkan serangan dron ke atas individu-individu disyaki militan ISIS di Kabul.

Anggaran Waktu Membaca:
AS akui tersilap lancar serangan dron di Kabul; 10 korban jiwa bukan militan ISIS

Kepulan asap kelihatan berlegar di udara susuli letupan di luar lapangan terbang di Kabul, Afghanistan, pada 26 Ogos 2021. (Gambar: Wali Sabawoon/AP)

Diterbitkan : 18 Sep 2021 11:50AM Dikemas Kini : 18 Sep 2021 11:51AM

WASHINGTON: Seorang jeneral atasan mengakui Amerika Syarikat (AS) melakukan satu "kesilapan" apabila ia melancarkan serangan dron ke atas individu-individu disyaki militan ISIS di Kabul. Serangan itu sebaliknya meragut 10 jiwa orang awam termasuk kanak-kanak semasa hari-hari terakhir pengunduran AS daripada Afghanistan pada bulan lalu.

Serangan itu, iaitu satu insiden paling menggerunkan dalam peperangan Amerika Syarikat selama dua dekad di Afghanistan, sebenarnya bertujuan menyasarkan satu operasi disyaki dijalankan oleh ISIS. Maklumat risikan AS menerima "kepastian yang munasabah" bahawa kumpulan itu mahu melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul, kata Komander Jeneral Kenneth McKenzie dari Komand Tengah AS.

"Serangan itu satu kesilapan yang tragis," Jeneral McKenzie memberitahu para wartawan selepas satu siasatan.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin meminta maaf kepada para anggota keluarga mangsa-mangsa yang terkorban.

Jeneral McKenzie berkata pemerintah sedang mengkaji bagaimana pampasan setimpal boleh dihulurkan kepada keluarga mangsa yang terbunuh itu.

Beliau berkata pada 29 Ogos, pasukan AS mengekori sebuah kenderaan Toyota putih selepas menyaksikan ia berada di sebuah kawasan di Kabul selama lapan jam. Kawasan itu dikenal pasti oleh bahagian risikan AS sebagai tempat di mana operasi ISIS disyaki sedang membuat persiapan untuk melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul.

"Kami memilih kereta itu berdasarkan pergerakannya ke sebuah kawasan sasaran dikenali yang menjadi perhatian kami," terang beliau.

"Jelas, risikan kami tersilap tetang kenderaan Toyoto putih tersebut," ujarnya.

Serangan dron itu mengorbankan 10 orang termasuk tujuh kanak-kanak dan Jeneral McKenzie mengesahkan tiada seorang pun mangsa yang ada kaitan dengan ISIS.

Bagaimanapun, Jeneral McKenzie membela operasi AS itu sebagai "serangan mempertahankan diri" di tengah-tengah keprihatinan tentang satu serangan di lapangan terbang Kabul pada hari-hari terakhir pemindahan yang kacau-bilau. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan