Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS akan buat keputusan rizab bank Afghanistan berdasarkan tindak-tanduk pemerintah Taliban

Amerika Syarikat (AS) akan membuat keputusan mengenai dana Afghanistan berdasarkan tindak-tanduk pemerintah akan datang, kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price pada Selasa (12 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
AS akan buat keputusan rizab bank Afghanistan berdasarkan tindak-tanduk pemerintah Taliban

Orang ramai beratur di luar bank untuk mengeluarkan duit setelah Taliban merampas kuasa di Afghanistan. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 13 Oct 2021 02:02PM Dikemas Kini : 13 Oct 2021 02:04PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan membuat keputusan mengenai dana Afghanistan berdasarkan tindak-tanduk pemerintah akan datang, kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price pada Selasa (12 Okt).

"Apabila berkaitan dengan rizab bank pusat, ... kami akan menilai dan berinteraksi dengan pemerintah Afghanistan yang akan datang berdasarkan kepimpinan dan tindak-tanduknya dalam...beberapa perkara penting," lapor Sputnik memetik Price semasa taklimat media.

Pentadbiran Biden telah memutuskan untuk membekukan dana pemerintah Afghanistan yang bernilai berbilion dolar yang disimpan di institusi kewangan AS untuk menghalang Taliban daripada mengakses dana itu.

Setelah Taliban memasuki Kabul pada pertengahan Ogos, yang menyebabkan pemerintah Afghanistan yang disokong AS tumbang, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa menangguhkan bantuan kewangan kepada pemerintah Afghanistan. 

Bantuan dana mereka menyumbang hampir 75 peratus daripada perbelanjaan awam Afghanistan. AS turut membekukan aset bernilai berbilion dolar milik Bank Pusat Afghanistan.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan