Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal jauhkan diri dari kenyataan Ozil tentang China, Uighur

Kelab bola sepak Arsenal mengeluarkan kenyataan hari ini (14 Dis) menyatakan pihaknya tidak ada kaitan dengan pendirian yang disuarakan pemain tengahnya Mesut Özil yang mengkritik dasar China terhadap minoriti Uighur di Xinjiang.

Anggaran Waktu Membaca:
Arsenal jauhkan diri dari kenyataan Ozil tentang China, Uighur

Mesut Ozil. (Gambar: Daniel Leal-Olivas/AFP)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 06:34PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 06:36PM

SHANGHAI: Kelab bola sepak Arsenal mengeluarkan kenyataan hari ini (14 Dis) menyatakan pihaknya tidak ada kaitan dengan pendirian yang disuarakan pemain tengahnya Mesut Özil yang mengkritik dasar China terhadap minoriti Uighur di Xinjiang.

 “Berhubung komen oleh Mesut Özil pada media sosial, Arsenal perlu membuat kenyataan jelas.

“Kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Özil," tegas kenyataan kelab itu di media sosial China Weibo.

"Sebagai kelab sepak, Arsenal sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak mencampuri hal politik.”

Dalam catatannya bertajuk 'East Turkistan: Bleeding Wound of Islamic Ummah' yang dimuat naik di Twitter dan Instagram pada Jumaat, Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah pemerintah China.

Beliau menggambarkan etnik Uighur sebagai “pejuang yang menentang penganiayaan”.”

“Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah teologi Islam, madrasah diharamkan. Ulama dibunuh seorang demi seorang. Namun begitu, umat Islam semua berdiam diri,” katanya dalam kenyataan berbahasa Turki itu.

Bintang bola sepak beragama Islam dan berketurunan Turki itu memuat naik kenyataannya kira-kira 48 jam sebelum pasukannya bermain menentang Manchester City dalam Liga Perdana England (EPL) pada Ahad.

Beijing dituduh menindas etnik minoriti Uighur di Xinjiang dengan menahan mereka secara paksa di kem latihan vokasional.

Satu laporan oleh pelapor khas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendakwa sekurang-kurangnya sejuta atau 7 peratus umat Islam di Xinjiang dimasukkan dalam kem ‘pendidikan politik’ berkenaan.

China berulang kali menafikan dakwaan tersebut.  

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan