Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi usir duta Kanada

Kerajaan Saudi menetapkan tempoh 24 jam untuk duta Kanada itu meninggalkan negara tersebut, selepas Arab Saudi mendakwa Kanada masuk campur dalam urusan hal ehwal negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi usir duta Kanada

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Aug 2018 03:02PM Dikemas Kini : 06 Aug 2018 03:06PM

RIYADH: Arab Saudi mengusir duta Kanada dari negara itu dan membekukan kesemua transaksi perdagangan dan pelaburan baru dengan Kanada.

Langkah tersebut dikuatkuasakan menyusuli satu kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Ehwal Luar Kanada yang mengkritik penangkapan para aktivis hak asasi Arab Saudi.

Kerajaan Saudi menetapkan tempoh 24 jam untuk duta Kanada itu meninggalkan negara tersebut, selepas Arab Saudi mendakwa Kanada masuk campur dalam urusan hal ehwal negara itu.

Langkah itu menunjukkan dasar luar agresif baru yang dilaksanakan Putera Mahkota Mohammed Salman.

Dalam satu catatan di lawan Twitter, kementerian ehwal luar Saudi menyatakan "Pendirian Kanada adalah satu campur tangan jelas dan terang-terangan dalam ehwal dalaman Kerajaan Arab Saudi."

Minggu lalu, Kanada melahirkan keprihatinannya yang mendalam terhadap penangkapan beberapa wanita dan jurukempen hak asasi kemanusiaan di Saudi. Mereka termasuk pejuang hak asasi kemanusiaan Saudi-Amerika Samar Badawi.

Badawi ditangkap bersama seorang lagi aktivis, Nassima al-Sadah minggu lalu. Human Rights Watch menyifatkan penangkapan itu sebagai "satu tindakan keras oleh kerajaan terhadap gerakan hak wanita yang tidak pernah berlaku sebelum ini".

Sumber : CNA/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan