Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi umumkan wanita boleh sertai angkatan bersenjata

Arab Saudi mengumumkan kaum wanita di negara amat konservatif itu dibenarkan untuk berkhidmat dengan angkatan bersenjata dalam usahanya memulakan program pembaharuan ekonomi dan sosial yang luas.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi umumkan wanita boleh sertai angkatan bersenjata

Gambar hiasan menunjukkan wanita Arab Saudi menggunakan telefon (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 10:39PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 10:50PM

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan kaum wanita di negara amat konservatif itu dibenarkan untuk berkhidmat dengan angkatan bersenjata dalam usahanya memulakan program pembaharuan ekonomi dan sosial yang luas.

Langkah tersebut adalah antara siri usaha terkini untuk meningkatkan hak wanita di negara itu walaupun kumpulan-kumpulan hak asasi manusia menuduh Riyadh bertindak keras terhadap golongan aktivis wanita.

“Satu lagi langkah ke arah pemerkasaan,” tulis Menteri Luar di akaun Twitternya sambil menambah bahawa wanita juga akan dibenarkan berkhidmat sebagai prebet kelas pertama, koperal atau sarjan.

Tahun lalu, Arab Saudi membenarkan wanita untuk menyertai pasukan keselamatan.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, meluluskan beberapa reformasi yang bertujuan untuk memberi hak lebih luas kepada wanita termasuk membenarkan mereka memandu dan ke luar negara tanpa perlu mendapatkan kebenaran seorang "penjaga" lelaki.

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau juga turut memantau penangkapan beberapa aktivis hak asasi wanita yang terkenal termasuk Loujain al-Hathloul.

Arab Saudi, sebuah negara pengeksport minyak mentah terbesar di dunia, sedang berusaha meningkatkan imejnya dan menarik pelancong sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mempelbagaikan ekonomi negara.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan