Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi umumkan skim visa baru pada 27 Sep ini

Arab Saudi sedang melakukan sentuhan terakhir pada sebuah inisiatif yang bakal mengubah rentak permainan bagi menarik para pelancong antarabangsa, dengan satu skim visa yang membuka pintu negara itu kepada pelawat-pelawat dari sehingga 50 buah negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi umumkan skim visa baru pada 27 Sep ini

Terminal baru Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi, 19 September 2018. (Gambar: Reuters/Stephen Kalin)

Diterbitkan : 05 Sep 2019 05:00PM Dikemas Kini : 05 Sep 2019 05:01PM

DUBAI: Arab Saudi sedang melakukan sentuhan terakhir pada sebuah inisiatif yang bakal mengubah rentak permainan bagi menarik para pelancong antarabangsa, dengan satu skim visa yang membuka pintu negara itu kepada pelawat-pelawat dari sehingga 50 buah negara. Demikian menurut laporan akhbar Okaz.

Meskipun belum lagi disahkan secara rasmi oleh pemerintah, sumber-sumber industri memberitahu Arab News sebuah acara untuk memaparkan tempat daya tarikan pelancong di Arab Saudi bakal berlangsung bulan ini.

Acara itu akan menyaksikan pelancaran kempen iklan sejagat dengan kehadiran syarikat pelancongan antarabangsa terkemuka serta pakar-pakar pelancongan.

Pelancongan riadah - dalam pasaran yang kini dikuasai oleh jemaah haji serta umrah - adalah sebahagian penting bagi rancangan Visi 2030 untuk mempelbagaikan ekonomi daripada terus bergantung harap kepada minyak.

Pakar-pakar pelancongan berkata pelancongan dan riadah boleh membentuk 10 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) menjelang 2030, menambah lebih AS$100 bilion (S$138 bilion) setahun kepada ekonomi Saudi.

Acara pada 27 September ini akan mempromosikan pelbagai tarikan Arab Saudi kepada penonton serantau serta antarabangsa.

Kemajuan berhubung projek-projek pelancongan lain, seperti kalendar acara digital di seluruh negara dan rancangan untuk memperluaskan konsep "Saudi Season" atau musim Saudi yang berjaya, bakal juga dipaparkan.

Kerja-kerja sedang dijalankan di tempat peranginan mewah dekat pantai Laut Merah, kemudahan pengunjung di kawasan bersejarah Al-Ula dan sebuah bandar hiburan di Qiddiya, luar Riyadh.

Kesan-kesan ekonomi daripada visa pelancong yang baru akan menjadi penting buat kerajaan tersebut. Majlis Perjalanan dan Pelancongan Dunia menyatakan riadah serta pelancongan membentuk sembilan peratus ekonomi Arab Saudi pada 2018. Ia meramalkan ini bakal naik kepada 10.4 peratus menjelang 2029, dikira mengikut kesan ekonomi secara langsung dan tidak langsung  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan