Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi umumkan Aidiladha jatuh pada 21 Ogos

Arab Saudi mengumumkan bahawa hari pertama bulan Zulhijjah jatuh pada Ahad (12 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi umumkan Aidiladha jatuh pada 21 Ogos

Gambar fail.

Diterbitkan : 13 Aug 2018 05:08PM Dikemas Kini : 13 Aug 2018 05:13PM

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan bahawa hari pertama bulan Zulhijjah jatuh pada Ahad (12 Ogos).

Demikian menurut laman berita Arab News.

Pengumuman yang dibuat oleh mahkamah agung Arab Saudi itu bermakna Hari Raya Aidiladha adalah pada 10 Zulhijjah bersamaan 21 Ogos.

Ini setelah anak bulan Zulhijjah dilihat pada Sabtu lalu (11 Ogos), lapor Arab News.

Sekaligus, Hari Arafah atau juga dikenali sebagai Hari Wukuf, yang merupakan kemuncak ibadah haji ditetapkan pada Isnin, 20 Ogos di Saudi.

Menurut Khaleej Times, cuti Hari Raya Aidiladha di Saudi adalah selama 11 hari.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perkhidmatan Awam Saudi juga mengumumkan, cuti Aidiladha akan bermula pada Khamis, 16 Ogos iaitu hari kelima bulan Zulhijjah.

Cuti selama 11 hari itu akan berakhir pada Ahad, 26 Ogos bersamaan 15 Zulhijjah. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan