Arab Saudi tawar semula visa pelancong, pelbagaikan ekonominya selain minyak
Arab Saudi akan menawarkan semula visa pelancong untuk memudahkan lebih ramai pelancong bukan Islam datang ke negara itu.
RIYADH, ARAB SAUDI: Arab Saudi akan menawarkan semula visa pelancong untuk memudahkan lebih ramai pelancong bukan Islam datang ke negara itu.
Sistem visa baru Saudi itu juga bertujuan menarik syarikat-syarikat asing dan menyumbang 10 peratus kepada GDP Saudi menjelang tahun 2030.
Saudi pernah menawarkan visa pelancong pada 2009 tetapi ditarik balik tidak lama kemudian.
Dengan yuran 300 Riyal Saudi para pelancong dari 49 buah negara boleh memohon visa pelancong Saudi secara online.
Selain itu tiada lagi syarat bagi para pelancong wanita memakai abaya di Saudi.
Namun Pengerusi Suruhanjaya Pelancongan Saudi, Ahmed Al Khateeb menegaskan, minuman keras masih diharamkan di negara itu dan wanita perlu berpakaian sopan termasuk di kawasan pantai.
Pihak berkuasa Saudi mahu menarik kunjungan 100 juta pelancong pada 2030, naik dua kali ganda daripada 40 juta orang sekarang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.