Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi taja keluarga mangsa Christchurch tunai haji

Arab Saudi akan menaja 200 ahli keluarga para mangsa serangan pengganasan di Christchurch, New Zealand, untuk menunaikan haji tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi taja keluarga mangsa Christchurch tunai haji

Raja Salman. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 06:20PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 06:22PM

RIYADH: Arab Saudi akan menaja 200 ahli keluarga para mangsa serangan pengganasan di Christchurch, New Zealand, untuk menunaikan haji tahun ini. Undangan tersebut dibuat atas arahan Raja Salman, menurut Agensi Media Saudi.

Brenton Tarrant melaksanakan serangan itu ke atas dua masjid di bandar Christchurch, sekali gus meragut 50 nyawa dan mencederakan puluhan jemaah lagi.

Arahan oleh Raja Salman tersebut diumumkan pada Selasa (16 Jul) oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Sheikh Abdullatif Abulaziz Al-Asheikh.

Menurut Sheikh Abdullatif, tajaan tersebut adalah antara usaha kerajaan Arab Saudi dalam "menangani dan membasmi segala bentuk keganasan".

Beliau berkata, kementeriannya sedang berurusan dengan Kedutaan Arab Saudi di New Zealand bagi memastikan semua tetamu memiliki segala yang diperlukan untuk menunaikan ibadat itu.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan