Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi sumbang lebih 1 juta Al-Quran dalam 21 bahasa ke 29 negara

Arab Saudi menghantar 1.2 juta naskhah al-Quran dalam pelbagai ukuran dan 21 bahasa ke 29 negara di seluruh dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi sumbang lebih 1 juta Al-Quran dalam 21 bahasa ke 29 negara

(Gambar: SPA menerusi BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 05:19PM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 05:35PM

RIYADH: Arab Saudi menghantar 1.2 juta naskhah al-Quran dalam pelbagai ukuran dan 21 bahasa ke 29 negara di seluruh dunia.

Ini sebagai sebahagian daripada program sumbangan Penjaga Dua Masjid Suci.

Percetakan al-Quran itu dilaksanakan dengan kerjasama kedutaan Arab Saudi serta pusat Islam dan budaya di negara yang terlibat, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menteri Hal Ehwal Islam, Seruan dan Bimbingan, Abdullatif Al-Sheikh, selaku Penyelia Umum Kompleks Raja Fahd untuk Percetakan al-Quran, merakamkan penghargaan kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saudi yang prihatin dan bermurah hati untuk menjayakan usaha itu.

Sumber : Bernama/SPA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan