Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi sasar kumpul AS$2.3 bilion untuk Yaman dalam sidang penderma

Arab Saudi berusaha mengumpulkan AS$2.3 bilion (S$3.23 bilion) dari satu sidang penderma darurat pada Selasa (2 Jun) untuk menyokong Yaman yang dilanda perang menghadapi bencana virus korona pada tahun keenam campur tangan tentera negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi sasar kumpul AS$2.3 bilion untuk Yaman dalam sidang penderma

Bantuan di Yaman pada awal Mei (Gambar: AFP/Saleh Al-OBEIDI)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 12:46PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 12:54PM

RIYADH: Arab Saudi berusaha mengumpulkan AS$2.3 bilion (S$3.23 bilion) dari satu sidang penderma darurat pada Selasa (2 Jun) untuk menyokong Yaman yang dilanda perang menghadapi bencana virus korona pada tahun keenam campur tangan tentera negara itu.

Persidangan maya yang dihoskan bersama oleh Riyadh dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), diadakan sedang kumpulan-kumpulan bantuan memberi amaran bahawa COVID-19 yang menular pantas boleh menimbulkan huru-hara berikutan perang selama bertahun-tahun dan di tengah-tengah kekurangan dana.

"Sebanyak AS$2.3 bilion (S$3.23 bilion) sedang dikumpulkan untuk menampung keperluan darurat di Yaman dalam pelbagai sektor kemanusiaan, termasuk bantuan perubatan, makanan dan perlindungan," menurut satu kenyataan kerajaan Arab Saudi.

Penolong setiausaha agung PBB bagi ehwal kemanusiaan Mark Lowcock mengenal pasti keperluan dana AS$2.4 bilion (S$3.37 bilion) untuk Yaman pada akhir tahun ini, termasuk AS$180 juta (S$253 juta) untuk memerangi wabak COVID-19.

Yaman dicengkam apa yang disifatkan PBB sebagai krisis kemanusiaan paling dahsyat di dunia.

Arab Saudi, yang memimpin campur tangan tentera terhadap pemberontak Huthi yang berpihak kepada Iran, menganggap ia adalah penderma utama kepada Yaman, dengan menyumbang bantuan bernilai berbilion dolar.

Bagaimanapun perikatan yang dipimpin Arab Saudi juga dipersalahkan oleh banyak pihak kerana menyebabkan korban awam dalam serangan-serangan bom yang menurut para jurukempen telah menjerumuskan negara itu ke krisis yang lebih dalam.

Seorang jurucakap pemberontak menepis persidangan yang dipimpin Arab Saudi sebagai "percubaan bodoh untuk (menutup) kejahatan mereka", menurut stesen televisyen Al-Masirah yang dikendalikan Huthi.

Jens Laerke dari PBB telah memberi amaran bahawa agensi-agensi bantuan sedang menghampiri "tebing fiskal" kerana kekurangan dana yang mengancam untuk menutup lebih dari 30 program utama PBB dalam beberapa minggu mendatang.

AMARAN "MALAPETAKA" VIRUS

Pegawai tertinggi dari agensi PBB lain di Yaman juga merayu sokongan antarabangsa dengan segera.

"Kami kesuntukan masa," kata para pegawai dari UNICEF, Program Makanan Sedunia dan Perutubuhan Kesihatan Sedunia dalam satu kenyataan bersama.

Badan amal perubatan antarabangsa Doctors Without Borders (MSF) telah memberi amaran bahawa Yaman berdepan dengan "malapetaka" akibat pandemik itu.

Sistem penjagaan kesihatannya yang rapuh diburukkan dengan konflik selama bertahun-tahun yang telah menyebabkan jutaan orang lari dari rumah mereka.

PBB menyatakan COVID-19 kemungkinan telah merebak ke kebanyakan kawasan di Yaman, namun pemerintah Yaman secara rasmi hanya mencatat beberapa ratus kes.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan