Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi luluskan pengeluaran visa lawatan transit 48 jam dan 96 jam

Arab Saudi meluluskan pengeluaran visa lawatan transit bagi tempoh 48 jam (dua hari) dan 96 jam (empat hari) dengan yuran visa masing-masing adalah 100 riyal (S$35) dan 300 riyal (S$107).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi luluskan pengeluaran visa lawatan transit 48 jam dan 96 jam

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 22 Nov 2020 10:05PM Dikemas Kini : 22 Nov 2020 10:08PM

RIYADH: Arab Saudi meluluskan pengeluaran visa lawatan transit bagi tempoh 48 jam (dua hari) dan 96 jam (empat hari) dengan yuran visa masing-masing adalah 100 riyal (S$35) dan 300 riyal (S$107).

Majlis Menteri-Menteri memutuskan untuk mengubah satu perenggan dalam Jadual Visa Lawatan, Haji dan Transit melalui pengangkutan darat, lautan atau udara dalam hal itu. Demikian menurut satu laporan yang diterbitkan oleh akhbar Umm Al-Qura dalam lamannya.

Keputusan Majlis itu dicapai dalam rangka kerja untuk memperbaiki dan mempertingkatkan peraturan berkaitan visa-visa kemasukan ke negara itu.

Majlis Menteri-Menteri memutuskan untuk meluluskan perubahan pada Perenggan Ketiga Jadual bagi Struktur Visa Lawatan, Haji dan Transit seperti berikut:

- Visa transit bagi lawatan melalui pengangkutan udara, lautan atau darat, dengan tempoh kesahihan 96 jam, dan tempoh lawatan adalah 96 jam dengan bayaran yuran 300 riyal.

- Visa transit bagi lawatan melalui pengangkutan udara, lautan atau darat, dengan tempoh kesahihan selama 48 jam, dan tempoh lawatan adalah 48 jam, dengan bayaran yuran 100 riyal.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan